Ahad, 15 Mei 2011
Sabtu, 14 Mei 2011
4.6.2011
Huh tak sabar rasanya nak turun menjaring lagi pada bulan 6 ini...aktiviti menjaring selama 3 hari pada pembaca blog ini , nantikan update seterusnya pada bulan 6 ini ..Tunggu.....
Rabu, 30 Mac 2011
SERVICE AT KELONG ACHEH
Services
![]() | Boat Transfer - Bot ke Kelong | |
Boat transfer service to the kelong from Penyabong Jetty and back is provided from 8am to 8pm daily - FREE Perkhidmatan penghantar ke kelong dari Jeti Penyabongdan balik adalah dari 8pg hingga 8malam setiap hari - PERCUMA | ||
Fishing Boat Rental - Sewa Bot Memancing | ||
Prices / Harga | ||
| Boat rental from 8am till 4pm Penyewaan bot dari pukul 8pg hingga 4ptg | RM 450.00 | |
| Boat rental from 8pm till 3am Penyewaan bot dari pukul 6mlm hingga 9pg | RM 600.00 | |
Prices include meals, open sea fishing boat ice and also fish bait (depending on availability)Harga termasuk makanan, air batu dan umpan sotong (tertakluk pada bekalan yang ada) | ||
| Trawling | ||
Prices / Harga | ||
Half day boat rental Penyewaan bot selama satu hari | RM 300.00 | |
FACILITIES
Facilities
Kelong Acheh aims to cater not only avid anglers but also visitors & tourists who simply wants to have a restful, reflective & relaxing stay by the sea. The kelong is also a family friendly place. As such, the facilities & amenities at Kelong Acheh stresses on COMFORT and fares well above the regular kelongs in the country.
| ![]() 12 pax unit / recreation space downstairs | ![]() Sleeping arrangement in dorm |
![]() Fully equipped toilet and bathroom | ![]() Fresh water taps can be found around the kelong | |
![]() Dining Area | ![]() Lunch is served | |
![]() Open deck for BBQ | ![]() Karaoke/function room | |
![]() Live bait well | ![]() Individual balcony for every unit |
PAKEJ KELONG ACHEH
| Packages | ||||||||||||||||||||||||||||
**Harga adalah tertakluk pada perubahan. Harga adalah berkuat kuasa dari Jan 2007. **Rates does not included RM 2/pax for jetty fees paid at jetty. **Bayaran tidak termasuk RM2 seorang dijeti ** LAND TRANSFER can be arranged upon special request. " Kami juga ada menyediakan pengangutan pergi balik ke kelong LAND TRANSFER can be arranged upon special request. " Kami juga ada menyediakan pengangutan pergi balik ke kelong | ||||||||||||||||||||||||||||
Rahsia Kelong Acheh Mersing (artikel Majalah Sirip)
GAMBAR KELONG ACHEH DARI PANDANGAN JAUH
Mungkin ramai pemancing yang mempunyai pandangan yang kurang positif terhadap aktiviti memancing di Kelong. Ini di sebabkan oleh beberapa faktor seperti pulangan yang kurang memuaskan atau tangkapan yang bersaiz kecil. Tambahan lagi kebanyakan kelong di negara kita kurang selesa dari segi kemudahan asas seperti bilik tidur atau bilik air.
Keberkesanan memancing di kelong merangkumi pelbagai faktor seperti lokasi serta kemudahan asas kelong tersebut .
Kelong yang menepati ciri2 Kelong yang menjadi idaman pemancing ialah Kelong Acheh yang terletak kurang dari 10 minit perjalanan bot dari jeti Kg Penyabong di sempadan Johor dan Pahang di daerah Endau Rompin.
Kelong ini dilindungi oleh Pulau Acheh di belakang nya dan laut cina selatan di sebelah kanan. Lokasi yang merupakan Highway bagi kumpulan ikan yang mencari pelindung di Pulau Acheh menjadikan kelong ini laluan strategik untuk mencari spesis ikan seperti Gerong Belang (Golden Trevally),Tenggiri,Talang,Aruan Tasik (Cobia) dan Alu2. Ikan sederhana seperti Senangin dan Parang juga banyak didapati di sini.
Struktur Kelong juga merupakan tempat mencari makan untuk ikan umpan seperti selar dan tamban. Justeru itu kawasan Kelong Acheh menjadi tempat ikan besar mencari makan sambil berlindung dari ribut di laut.
KAWASAN PELANTAR YANG LUAS MENJADIKAN TEMPAT INI SESUAI UNTUK BALINGAN TANPA HALANGAN.
Bulan March hingga September merupakan masa yang tebaik untuk mencari hasil di Kelong. Namun kami
pernah menaikkan ikan kaci seberat 4Kg pada bulan Disember.
Pada mulanya kami tak pasti tentang kewujudan ikan besar di sini tetapi setelah mencuba bermacam teknik untuk mendapatkan `hook up" kami mendapati cara tebaik memancing di sini ialah dengan menggunakan teknik "bottom drifting"atan dasar hanyut menggunakan umpan selar ,tamban atau selayang hidup yang banyak di dapati di sekitar Kelong. Kami hanya perlu menggunakan teknik "Apollo" untuk mendapatkan umpan tersebut. Saiz Apollo yang sesuai ialah saiz 6 atau 8.

REKOD KELONG ACHEH , SPESIS GERONG BELANG 7.8 KG
Berlainan pula dengan abag sham yang bernasib baik kerana ikan yang masih ada ditali. Mula2 joran disentap kuat sampai tali habis ditarik keluar . Joran Abu Garcia Ultaracast 10 kaki memang sesuai untuk melawan ikan yang sangat bertenaga kerana walaupun sham berjaya menggulung tali sebanyak 150 meter,tiba2 tali masih keluar hingga ke penhujung spool.
Pertarungan tarik tali berlangsung selama 30 minit sehinggalah kelibat ikan sudah mulai nampak di permukaan air. Kami terperanjat melihat ikan yang agak besar saiznya. Setelah ditimbang nyata Sang Gerong memecah rekod terbesar ikan jenis ini di Kelong Acheh seberat 7.8 Kg.
Malam menjelang tiba,selepas menikmati hidangan makan malam yang enak lagi segar, kami bersedia untuk memulakan sesi memancing malam . Pukat dinaikkan dan ikan selar dan tamban yang terperangkap di dalam pukat di pindahkan ke dalam "holding tank"untuk kegunaan sepanjang malam. Ini amat penting kerana teknik mencari umpan menggunakan "Apollo" hanya boleh di lakukan di siang hari.
UMPAN HIDUP DI MASUKKAN KE DALAM HOLDING TANK
Sudah menjadi kebiasaan di waktu malam,kedengaran bunyi air berkocak kerana aktiviti ikan todak memburu tamban di permukaan air.
Teknik yang sama di gunakan iaitu bottom driffting menggunakan perambut 50lb dan ring dawai 30lb dan umpan tambanhidup. Sedang kami menikmati hidangan bubur kacang yang panas, kami dikejutkan dengan bunyi deringan kekili Penn 7500. Joran di henjut kuat ,rasanya mungkin si Alu2. Sangkaan saya tepat setelah ikan di naikkan 20 minit kemudian.
Sepanjang malam umpan hidup habis di baham ikan,kesan gigitan pada umpan nyata menunjukkan ikan saiz besar sibuk mencari mangsa.
Sambil menunggu ikan menyambar umpan, kami mencandat sotong kerana kebetulan bulan agak terang. Beberapa ekor sotong dapat di naikkan bersaiz 500gm ke 900gm.
Begitu kepuasan memancing di dalam suasana nyaman dan selesa. Tiada buaian ombak yang menghalang pergerakan atau bau disel yang kuat. Walaupun kami sudah biasa menaiki bot di laut tetapi hasil dilaut kadang2 kurang,mungkin di sebabkan terlalu banyak bot pukat tunda yang menjalankan aktiviti mereka.
Keselesaan menjadi keutamaan kami memandangkan aktiviti memancing adalah aktiviti sekeluarga. Justeru itu anak2 juga dapat menikmati keseronokan memancing sambil menikmati keseronokan memancing sambil menikmati dan mensyukuri keindahan alam semulajadi anugerah Nya untuk kita pelihara.
Kami gunakan masa ini untuk mendisplinkan anak2 supaya menghormati alam semulajadi dan tidak buang sampah ke laut kerana akibat dari perbuatan itu akan mencederakan kehidupan laut dan akhirnya merugikan diri kita sendiri.
Malah kami juga menggalakkan anak2 supaya mengamalkan "tangkap lepas" untuk spesis yang belum mencapai dewasa ,seperti anak tenggiri atau alu2 yang tersangkut pada mata "Apollo".
ALU2 KECIL DI LEPASKAN KERANA IA BELUM CUKUP DEWASA
RIG YANG BERKESAN UNTUK MEMBURU IKAN DASAR KELONG.
Ahad, 27 Mac 2011
PETUA-MABUK LAUT
Sama ada benar atau tidak petua orang2 dahulu dan jika mahu mencubanya saya sarankan anda selawat terlebih dahulu . Jika masih mabuk gunakan teknologi terkini (pil tahan mabuk) jika masih gagal,dinasihatkan jangan kelaut dengan menaiki bot . Lebih baik saya sarankan hanya cukup memancing di tepi pantai sahaja kerana ini mengikut daya tahan badan anda(antibody).
1. GINJAL~dibelakang telinga memainkan peranan penting dalam menseimbangkan tubuh badan kita . Digalakkan mengurut ginjal di belakang telinga terutama bila mula merasa pening2 . Anda di sarankan menggerakkan kepala anda ke kiri dan ke kanan selain melakukan senaman ringan boleh menghilangkan rasa mabuk laut.
2 .MINUM AIR LAUT~di kuala mampu menahan anda daripada mabuk,yang penting anda harus yakin pada diri sendiri . Boleh di minum sedikit sahaja cukup sekadar menahan tekak daripada merasa loya.
3 .TERJUN DAN MANDI LAUT~tapi anda mesti pandai berenang jangan tidak . Dengan menyelamkan kepala beberapa kali badan dan kepala akan menjadi segar semula.
4 .IBU SUNKIST~bawa bekalan ibu oren sunkist sepanjang memancing. Jika terasa loya, minum ibu sunkist sedikit demi sedikit sehingga loya hilang.
5. MINYAK ANGIN~hidu atau sapu pada hidung dan dahi untuk menghilangkan rasa loya. Tidak kira apa jua jenama asalkan ia serasi dengan anda.
6. MINUMAN BERSUSU ATAU BERKRIM~mestilah dielakkan apabila hendak kelaut. Perut mudah bergelora bila ditengah laut. Seeloknya bawalah air yang masam seperti oren tanpa gula, ribena tanpa gula, senang kata yang masam-masam.
SEMOGA PETUA INI DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA ANDA. SELAMAT MENCUBA!

Sabtu, 26 Mac 2011
SELAMAT DATANG KE JELAJAH KARANG EDISI SELATAN
Selamat Datang...
Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Ke Blog Saya , tujuan saya membuat blog ini adalah untuk kongsikan tips memancing dan menjaring kepada peminat2 laut..tips2 yang saya akan kongsikan adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dan juga pengalaman rakan2..
Pengenalan...
Saya Mehad Mohd Nawi berasal dari Felda Air Tawar 1,Kota Tinggi Johor...Saya merupakan seorang pengganti peneroka (Generasi KeDua) dan merupakan Internet Marketer sepenuh masa dan tidak ketinggalan saya juga kaki laut tak kiralah samaada mancing @ menjaring..Kerana sebelum saya menjadi pentadbir & IM saya juga sering kelaut kerana hobi,tanggungjawab dan saya dahulunya termasuk dalam keluarga yang susah,tanpa pendapatan tetap saya bergantung harapan pada hasil laut, tapi alhamdulillah dengan semangat untuk usaha dapat juga kadang2 RM 120 sehari dengan pendapatan sebegitu juga saya dapat menyara keluarga..Eh!!! banyakkan RM 120 tu hehe..tapi jangan kata hari2 dapat lumayan kadang2 seminggu 1 sen tak masuk pun ada..Begitulah juga dengan air laut ada pasang surutnya...hehe..Tak semestinya kita sentiasa berada di tahap atas kadang2 kita di bawah juga...Yang penting Solat jangan tinggal...
Walaupun sekarang saya sudah menjadi Internet Marketer yg hampir berjaya saya takkan lupa pada laut, kerana hasil laut yang banyak membantu ketika saya susah dahulu.....

![]() |
| Gerut yang berjaya saya naiki di Laut Panchor, Kota Tinggi |
Langgan:
Ulasan (Atom)