Ahad, 27 Mac 2011

PETUA-MABUK LAUT

Sama ada benar atau tidak petua orang2 dahulu dan jika mahu mencubanya saya sarankan anda selawat terlebih dahulu . Jika masih mabuk gunakan teknologi terkini (pil tahan mabuk) jika masih gagal,dinasihatkan jangan kelaut dengan menaiki bot . Lebih baik saya sarankan hanya cukup memancing di tepi pantai sahaja kerana ini mengikut daya tahan badan anda(antibody).

1. GINJAL~dibelakang telinga memainkan peranan penting dalam menseimbangkan tubuh badan kita .         Digalakkan mengurut ginjal di belakang telinga terutama bila mula merasa pening2 . Anda di sarankan menggerakkan kepala anda ke kiri dan ke kanan selain melakukan senaman ringan boleh menghilangkan rasa mabuk laut.

2 .MINUM AIR LAUT~di kuala mampu menahan anda daripada mabuk,yang penting anda harus yakin pada diri sendiri . Boleh di minum sedikit sahaja cukup sekadar menahan tekak daripada merasa loya.

3 .TERJUN DAN MANDI LAUT~tapi anda mesti pandai berenang jangan tidak . Dengan menyelamkan kepala beberapa kali badan dan kepala akan menjadi segar semula.

4 .IBU SUNKIST~bawa bekalan ibu oren sunkist sepanjang memancing. Jika terasa loya, minum ibu sunkist sedikit demi sedikit sehingga loya hilang.

5. MINYAK ANGIN~hidu atau sapu pada hidung dan dahi untuk menghilangkan rasa loya. Tidak kira apa jua jenama asalkan ia serasi dengan anda.

6. MINUMAN BERSUSU ATAU BERKRIM~mestilah dielakkan apabila hendak kelaut. Perut mudah bergelora bila ditengah laut. Seeloknya bawalah air yang masam seperti oren tanpa gula, ribena tanpa gula, senang kata yang masam-masam.

SEMOGA PETUA INI DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA ANDA. SELAMAT MENCUBA!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan