Sabtu, 26 Mac 2011

SELAMAT DATANG KE JELAJAH KARANG EDISI SELATAN

Selamat Datang...
   Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Ke Blog Saya , tujuan saya membuat blog ini adalah untuk kongsikan tips memancing dan menjaring kepada peminat2 laut..tips2 yang saya akan kongsikan adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri  dan juga pengalaman rakan2..
Pengenalan...
    Saya Mehad Mohd Nawi berasal dari Felda Air Tawar 1,Kota Tinggi Johor...Saya merupakan seorang pengganti peneroka (Generasi KeDua) dan merupakan Internet Marketer sepenuh masa dan tidak ketinggalan saya juga kaki laut tak kiralah samaada mancing @ menjaring..Kerana sebelum saya menjadi pentadbir & IM saya juga sering kelaut kerana hobi,tanggungjawab dan saya dahulunya termasuk dalam keluarga yang susah,tanpa pendapatan tetap saya bergantung harapan pada hasil laut, tapi alhamdulillah dengan semangat untuk usaha dapat juga kadang2 RM 120 sehari dengan pendapatan sebegitu juga saya dapat menyara keluarga..Eh!!! banyakkan RM 120 tu hehe..tapi jangan kata hari2 dapat lumayan kadang2 seminggu 1 sen tak masuk pun ada..Begitulah juga dengan air laut ada pasang surutnya...hehe..Tak semestinya kita sentiasa berada di tahap atas kadang2 kita di bawah juga...Yang penting Solat jangan tinggal...
    Walaupun sekarang saya sudah menjadi Internet Marketer yg hampir berjaya saya takkan lupa pada laut, kerana hasil laut yang banyak membantu ketika saya susah dahulu.....


Gerut yang berjaya saya naiki di Laut Panchor, Kota Tinggi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan