Rabu, 30 Mac 2011

Rahsia Kelong Acheh Mersing (artikel Majalah Sirip)

      GAMBAR KELONG ACHEH DARI PANDANGAN JAUH
   Mungkin ramai pemancing yang mempunyai pandangan yang kurang positif terhadap aktiviti memancing di Kelong. Ini di sebabkan oleh beberapa faktor seperti pulangan yang kurang memuaskan atau tangkapan yang bersaiz kecil. Tambahan lagi kebanyakan kelong di negara kita kurang selesa dari segi kemudahan asas seperti bilik tidur atau bilik air.
    Keberkesanan memancing di kelong merangkumi pelbagai faktor seperti lokasi serta kemudahan asas kelong tersebut .
    Kelong yang menepati ciri2 Kelong yang menjadi idaman pemancing ialah Kelong Acheh yang terletak kurang dari 10 minit perjalanan bot dari jeti Kg Penyabong di sempadan Johor dan Pahang di daerah Endau Rompin.
    Kelong ini dilindungi oleh Pulau Acheh di belakang nya dan laut cina selatan di sebelah kanan. Lokasi yang merupakan Highway bagi kumpulan ikan yang mencari pelindung di Pulau Acheh menjadikan kelong ini laluan strategik untuk mencari spesis ikan seperti Gerong Belang (Golden Trevally),Tenggiri,Talang,Aruan Tasik (Cobia) dan Alu2. Ikan sederhana seperti Senangin dan Parang juga banyak didapati di sini.
    Struktur Kelong juga merupakan tempat mencari makan untuk ikan umpan seperti selar dan tamban. Justeru itu kawasan Kelong Acheh menjadi tempat ikan besar mencari makan sambil berlindung dari ribut di laut.
       KAWASAN PELANTAR YANG LUAS MENJADIKAN TEMPAT INI SESUAI UNTUK          BALINGAN TANPA HALANGAN.

    Bulan March hingga September merupakan masa yang tebaik untuk mencari hasil di Kelong. Namun kami
pernah menaikkan ikan kaci seberat 4Kg pada bulan Disember.
  Pada mulanya kami tak pasti tentang kewujudan ikan besar di sini tetapi setelah mencuba bermacam teknik untuk mendapatkan `hook up" kami mendapati cara tebaik memancing di sini ialah dengan menggunakan teknik "bottom drifting"atan dasar hanyut menggunakan umpan selar ,tamban atau selayang hidup yang banyak di dapati di sekitar Kelong. Kami hanya perlu menggunakan teknik "Apollo" untuk mendapatkan umpan tersebut. Saiz Apollo yang sesuai ialah saiz 6 atau 8.
REKOD KELONG ACHEH , SPESIS GERONG BELANG 7.8 KG

Berlainan pula dengan abag sham yang bernasib baik kerana ikan yang masih ada ditali. Mula2 joran disentap kuat sampai tali habis ditarik keluar . Joran Abu Garcia Ultaracast 10 kaki memang sesuai untuk melawan ikan yang sangat bertenaga kerana walaupun sham berjaya menggulung tali sebanyak 150 meter,tiba2 tali masih keluar hingga ke penhujung spool.
Pertarungan tarik tali berlangsung selama 30 minit sehinggalah kelibat ikan sudah mulai nampak di permukaan air. Kami terperanjat melihat ikan yang agak besar saiznya. Setelah ditimbang nyata Sang Gerong memecah rekod terbesar ikan jenis ini di Kelong Acheh seberat 7.8 Kg.
Malam menjelang tiba,selepas menikmati hidangan makan malam yang enak lagi segar, kami bersedia untuk memulakan sesi memancing malam . Pukat dinaikkan dan ikan selar dan tamban yang terperangkap di dalam pukat di pindahkan ke dalam "holding tank"untuk kegunaan sepanjang malam. Ini amat penting kerana teknik mencari umpan menggunakan "Apollo" hanya boleh di lakukan di siang hari.
UMPAN HIDUP DI MASUKKAN KE DALAM HOLDING TANK

Sudah menjadi kebiasaan di waktu malam,kedengaran bunyi air berkocak kerana aktiviti ikan todak memburu  tamban di permukaan air.
Teknik yang sama di gunakan iaitu bottom driffting menggunakan perambut 50lb dan ring dawai 30lb dan umpan tambanhidup. Sedang kami menikmati hidangan bubur kacang yang panas, kami dikejutkan dengan bunyi deringan kekili Penn 7500. Joran di henjut kuat ,rasanya mungkin si Alu2. Sangkaan saya tepat setelah ikan di naikkan 20 minit kemudian.
Sepanjang malam umpan hidup habis di baham ikan,kesan gigitan pada umpan nyata menunjukkan ikan saiz besar sibuk mencari mangsa.
Sambil menunggu ikan menyambar umpan, kami mencandat sotong kerana kebetulan bulan agak terang. Beberapa ekor sotong dapat di naikkan bersaiz 500gm ke 900gm.

Begitu kepuasan memancing di dalam suasana nyaman dan selesa. Tiada buaian ombak yang menghalang pergerakan atau bau disel yang kuat. Walaupun kami sudah biasa menaiki bot di laut tetapi hasil dilaut kadang2 kurang,mungkin di sebabkan terlalu banyak bot pukat tunda yang menjalankan aktiviti mereka.
Keselesaan menjadi keutamaan kami memandangkan aktiviti memancing adalah aktiviti sekeluarga. Justeru itu anak2 juga dapat menikmati keseronokan memancing sambil menikmati keseronokan memancing sambil menikmati dan mensyukuri keindahan alam semulajadi anugerah Nya untuk kita pelihara.
Kami gunakan masa ini untuk mendisplinkan anak2 supaya menghormati alam semulajadi dan tidak buang sampah ke laut kerana akibat dari perbuatan itu akan mencederakan kehidupan laut dan akhirnya merugikan diri kita sendiri.
Malah kami juga menggalakkan anak2 supaya mengamalkan "tangkap lepas" untuk spesis yang belum mencapai dewasa ,seperti anak tenggiri atau alu2 yang tersangkut pada mata "Apollo".

ALU2 KECIL DI LEPASKAN KERANA IA BELUM CUKUP DEWASA
     

RIG YANG BERKESAN UNTUK MEMBURU IKAN DASAR KELONG.
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan